TRUST ALLAH AS HE KNOW

THE BEST FOR US

Thursday 27 December 2012

...PENDAM.....


Assalamualaikum, 2012 hampir melabukan tirai……suka duka dalam perjalanan hidup lumrah dalam kehidupan, sesungguhnya kita hanya mampu merancang namun Allah jua yang Maha Pengatur segala hidup di bumi..bagi kesimpulan untuk 2012 nieh aku terjemahkan melalui lagu PEMDAM nieh….

PENDAM

Aku yang mengejar bayang cinta
Kian terbiar
Terpendam kata
Tak terungkap selamanya

Pedihnya hanya aku yang merasa
Mahu memilikinya
Aku hanya hamba cinta

Bisik hatiku lepaskan dirinya
Sungguh aku tak bisa
Biarlah ku sendiri
Tanpa kasih di hati

Aku tak mampu pertahankan lagi
Cinta yang menyakiti
Biarlah aku pergi
Tiada hampa di hati

Pedihnya hanya aku yang merasa
Mahu memilikinya
Aku hanya hamba cinta

Bisik hatiku lepaskan dirinya
Sungguh aku tak bisa
Biarlah ku sendiri
Tanpa kasih di hati

Aku tak mampu pertahankan lagi
Cinta yang menyakiti
Biarlah aku pergi
Tiada hampa di hati
Aku yang mengejar bayang cinta




Friday 16 November 2012

The puzzle is almost over....




The puzzle is almost over....
Kunci hampir bertemu mangganya....


Setelah sungguh lama hidup dalam belenggu, 
Setelah sungguh lama mencari jawapan yang tidak pasti,
Setelah sungguh lama musafir hilang haluannya, 

Pada hari ini, pada saat ini, pada detik ini,
Ia sangat menghampiri dan begitu hampir dengan sebuah kenyataan dan kepastian,
Harapan & Mimpi semalamnya,
Sentiasa dan sentiasa dipanjangkan dalam syahdu doanya,
Moga mimpi semalam itu menjadi kenyataan hari ini.

Setiap ujian itu tersimpan jutaan hikmah,
Yang hanya bisa tersingkap oleh insan yang redha & syukur,
Penantian bagi hamba ini,
Mendidik erti tawakkal dan kebergantungan kita padaNya.

Ibarat seorang insan mencari rumput tercantik,
Di sebuah padang yang sungguh luas,
Begitulah umpamanya  jika kita terlalu mengharapkan sesuatu yang terlalu sempurna, 
Hakikatnya tidak mungkin kita temui sampai bila2,
Jika kita terlalu melihat  kelemahan,
Tidak mungkin dapat kita jumpai kelebihan,
Sedangkan kita juga punya kelemahan,
Masakan kita mahukan yang hanya ada kelebihan,
Maka, terimalah seadanya,
Segala kekurangan dia kita tutup dengan kelebihan kita.....
Segala kelebihan dia akan menutup kekurangan kita.....
Bicara seorang sahabat dalam istisyarah.

Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal kepada-Nya."
(Ali 'Imran; 3:159)

InsyaAllah, sesungguhnya Allah menyukai orang2 yang bertawakkal, apabila kita telah membuat sesuatu pilihan dan kita begitu yakin akan ada kecenderungan yang begitu pasti terhadap pilihan itu, dan ia adalah lintasan yang benar dari Illahi, maka janganlah menangguh-nangguhkannya kerana di sana begitu banyak pintu godaan syaitan.
Biarpun kita tidak pasti apakah takdir yang sedang menanti di hadapan, teruskan dan jangan berpatah ke belakang dan ragu-ragu, teruskan, jadikan keputusan itu satu kebaikan dengan membuat persediaan sungguh-sungguh untuk menghadapinya, kerana, walau apapun pilihan kita, di sana pasti ada ujian, kerana kehidupan itu satu ujian, ujian untuk menyucikan keikhlasan hati. 

Hari ini dalam sejarah, hari ini dalam sejarah, hari ini dalam sejarah, moga berlalunya detik ini, saya akan terus melangkah dengan pasti, untuk merealisasikannya. InsyaAllah. 

Hamba yang mengharapkan Rahmat & Maghfirah,

12.04am.

Salam Maal Hijrah, mengharapkan doa yang berterusan dari sahabat-sahabatku dan sesiapa sahaja yang mengenaliku, sungguh doa kalian amat bermakna untukku. ^_^.

Friday 5 October 2012

ENVIRONMENT IDAMAN


Assalamualaikum…..alhamdulillah sekali lagi di beri kesempatan untuk terus hidup di atas muka bumi…..

Dalam kesibukan menyiapkan buku log + report latihan industry rasanya x salah meluangkan sedikit masa berkongsi  cerita..........

ENVIRONMENT IDAMAN….




Pada mereka yang duduk di utara tanah air mungkin familiar ngan nama nie…..pada mulanya bler mereka bertanyakan “Hajar praktikal kat maner”…..terus terang aku just jawab “environment idaman”….then they keep asking “ syarikat aper tu” ermmmmm……I also have no idea to answer that, hanya “senyum x perlu kata apa-apa”….

Keputusan nak jalani latihan industry di syarikat ini sedikit sebanyak mengundang ketidakpuasan hati abah…..aku pon x tau nape aku buat keputusan mcm tu tapi antara sebab utama aku ialah xnak dok umah sewa n malas nak masak waktu bulan pose…..

Kadang-kadang terase hati jugak bler kawan-kawan tanya “ ko praktikal syarikat aper ja” n somebody tolong jawabkan “hajar keje kat syarikat angkut sampah, kalau ko nampak budak kecik dok sapu sampah n potong rumput tepi jalan tu, die la tu”……hahahahaha  lawak nyer statement ko…..kate laa aper pon, aku pekak kan jer……yang aku tau niat aku nak learn something n gain experience…..kalau keje syarikat besar tapi jadi tukang photostat pon x gune bhai, budak x sekolah pon boleh buat (mulot aku kadang-kadang  laser)…..

Actually syukur sangat2 sebab aku dapat tempat keje yang best, bos yang best, kakak2 n abg2 tempat keje yang best….pendek kate aku x menyesal pon pilih tempat nie….yang paling penting diorang sabar mengajar, banyak benda yang aku dapat..…

kepada mereka2 yang kat luar sane yang lantang bersuara, walaupon elaun aku separuh daripada elaun korang tapi pengalaman aku lagi banyak dari pengalaman yang korang dapat….sekurang-kurangnya report aku x lompong n banyak benda aku boleh citer daripada korang yang baru nak terhegeh2 tanya “ hajar tgk contoh report, xder idea laa nak tulis”….huuuuuuuu wak luuuu, maner boleh tiru2….shame on you laaa…..len kali jgn berlagak, kan Allah dah tunjuk……salam…….

Sunday 5 August 2012

.....kau yang selalu ada......


Assalamualaikum…..

alhamdulillah sedar x sedar dah masuk hari ke 16 kita dalam bulan mulia, bulan seribu rahmat….tak lame lagi rayerr…..barang rayer??????errrrmmmmm x ready aper lagi, dah besar2 nieh mood nak rayer kureng ckit sebab x dapat wet rayer…ngeeee….plus my three little hero (arash, adam, Imran) x rayer umah tok….diorang rayer umah atok belah saner, so maknernyer rayer taon nieh kite berayer 3 beradik jep laaa…..mesti buhsan gler…..

Actually bukan nak citer sal rayer sangat sebab mood rayer tu x datang lagi…..balik keje tadi bukak youtube dengan harapan nak dengar lagu rayer tetibe TER dengar lagu najwa latiff tajuknyer SAHABAT, then tetiba insan berkenaan bermain diminda, rasenyer lirik nieh mmg kena sangat ngan diorang….so pada mereka nieh (NUR  SOLIHAH MOHD & SUHELMI MUSTA), terima lah lagu nieh saye dedicated kan untuk kamooo…..hahahaha mcm artis pulak….



Kau ada dikala ku suka…Dikala ku duka
setiap tangisan dan juga ketawa
Kau ada dikala ku perlu setia menemaniku
Pegang erat tanganku bila aku jatuh

Kau lah yang selaluSelalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis Hidup ku

Kau lah yang di situ ..Setia menunggu ku
Kau lah yang satu…..Menjadi sahabatku

Ku tahu ku kan selalu ada
Pada dirimu
Dan ku harap kau juga rasa begitu

Kau lah yang selalu….Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis Hidup ku

Kau lah yang di situSetia menunggu ku
Kau lah yang satu
Menjadi sahabatku


Friday 13 July 2012

Aku Yang TERLEKA dan TERLUPA......



Assalamualaikum….

Alhamdulillah masih di beri nikmat hidup oleh Allah untuk meneruskan liku-liku perjalanan yang penuh dengan cabaran. Seminggu bergelar seorang pekerja sangat-sangat  menjadikan diri ini penuh dengan tanggungjawab. Namun begitu terima kasih Ya Allah kerana memberi kelapangan masa kepada diri ini untuk meluangkan masa serta merajinkan diri membaca sebuah entry yang saya rasa sangat-sangat memberi kesedaran kepada saya tentang kesilapan yang saya anggap remeh sebelum ini.. Di sini saya kongsikan untuk tatapan sahabat-sahabat…………




Pakwe. Boyfriend. Teman lelaki. Marka. Balak.

Namakan apa saja. Ia tetap bukan seorang lelaki yang sah, bergelar suami. Tahap, taraf dan martabatnya seinci pun tidak sampai ke kedudukan itu. Untuk ditaati, dihormati, disayangi, dirindui, langsung tidak berkelayakan. Itu syariatullah yang harus diakui oleh semua orang.

Gambar profil berpurdah hitam dengan paparan mata yang konon menawan. Berpurdah katanya. Di bawahnya pula, status ‘in a relationship’ tertera penuh bangga dengan lelaki yang bukan suaminya.Apakah mereka fikir, itu suatu bentuk kebanggaan?



SYARI’ATULLAH

Dikisahkan, wanita itu sifat malunya lebih tebal berbanding lelaki. Fitrah penuh hikmah yang diciptakan Allah. Islam datang mengangkat martabat mereka dengan pelbagai peraturan dalam syariat. Dan Islam terbukti sebagai sistem paling unggul dalam memuliakan wanita.

Ada perintah berhijab, merendahkan suara, menjaga pergaulan dan tutur kata. Secara tersirat, elemen-elemen itulah yang menambahkan lagi harga dan maruah seorang wanita. Mereka menjadi mulia dan mereka dimuliakan.

Tetapi apa akan terjadi, jika kesemua peraturan itu diabaikan?

Analogi yang selalu kita dengar, syariat itu umpama papan tanda di lebuh raya. Bayangkan apa akan terjadi, jika lori balak sama-sama bersaing di laluan kanan bersama motosikal dan kereta? Bayangkan pula, jika semua orang bebas memandu ke arah mana yang mereka suka, tanpa ada lampu isyarat ataupun papan tanda?

Begitu juga. Bayangkan bagaimana jika wanita yang seharusnya lebih mahal dan lebih tinggi sifat malunya, membakul sampahkan kesemua sifat tersebut di hadapan lelaki? Dan situasi ini sebenarnya telah banyak terjadi dan terus terjadi, terutama di kalangan gadis remaja kita


MARUAH

” Sayang papa sampai mati “

” My beloved one..forever n ever “

” Cayang kamuuu ..”

Ya. Itu antara ayat-ayat cinta ciptaan mereka.
 
Pernah juga saya lihat di facebook. Gadis muslimah tersebut, beriya-iya menukilkan madah cinta di wall teman lelakinya. Bahkan menggunakan aplikasi tulisan yang pelik-pelik penuh warna warni semata-mata untuk menyatakan ‘ saya sayang pakwe saya'

Saya terfikir, si gadis seperti itu sebenarnya mengapa? Sakit jiwakah dia? Sudah hilang rasa malukah dia?

Apa sekalipun rasa hati, mereka yang berada dalam situasi seperti ini harus segera sedar. Anda sedang menjatuhkan maruah diri anda sendiri.



MULIANYA ANDA

Jangan jadi gula-gula yang terdedah tanpa balutan plastik, kerana tiada orang akan memilih gula-gula itu berbanding yang masih tertutup dan tersimpan rapi di dalam bekas. Gula-gula yang terdedah, samalah seperti ucapan dan perbuatan yang menjatuhkan maruah. Pakaian anda, tudung atau jubah, tidak memberi sebarang makna jika anda sanggup merendahkan darjat anda ke tahap itu di alam maya.

Tidak ada sesiapa yang akan berbangga dengan status ‘ in a relationship ‘ anda di facebook, walaupun anda dan dia sudah bertunang. Kalau pertunangan itu pun disuruh rahsiakan, apatah lagi jika anda dan dia langsung tidak ada apa-apa ikatan dan sekadar bermain perasaan?

Menjadi trend, di usia remaja wajib punya pasangan. Seawal tingkatan satu, sudah punya teman istimewa dan diisytihar merata-rata. Bahkan ada juga yang memanggil budak lelaki mereka sebagai ‘hubby‘ atau suami. Kemudian, putus di tengah jalan. Lalu ditulis pula status-status penuh kesedihan.

” Saya relakan awak pergi. Mungkin kita tiada jodoh. Saya redha dengan suratan Ilahi. Kalau kita cintakan seseorang, kita pasti akan sanggup lepaskan dia untuk melihat dia bahagia..”

Gurindam putus cinta dari anak remaja yang baru tingkatan tiga.

Tidak berapa lama, gambar berganti. Dapat pula teman lelaki yang lain. Dapat boyfriend baru. Cinta berputik kembali. Gambar ditayang lagi. Hanyut kembali dalam ombak perasaan yang tidak bertepi.

Muliakah anda dalam situasi itu? Tinggikah nilaian anda dengan melakukan perkara seperti itu? Tenang dan damaikah jiwa anda dengan mainan perasaan seperti itu?



JALAN PULANG

Mungkin masih ramai menganggap kisah cinta mereka adalah pencetus motivasi. Tetapi sebenarnya, anda sedang bermain dengan harga diri. Islam mengangkat anda ke tempat yang cukup tinggi semata-mata untuk memuliakan anda sebagai wanita. Islam prihatin dengan sifat malu yang menjadi benteng maruah diri anda.

Jangan biarkan Syaitan terus-terusan menghiasi amalan anda. Hayati kembali keindahan syariat Islam. Perhalusi kembali hikmah di sebalik larangan.

Bercinta dan berhubungan dengan bukan mahram adalah satu dosa, dan mengisytiharkan dosa itu dengan bangga di khalayak ramai menambahkan satu lagi dosa. Di sebaliknya, maruah anda sebagai wanita sedang terhina.

Kembalilah pulang.

Masih belum terlambat untuk beralih memperbaiki kesilapan. Buang lah kesemua gambar teman lelaki anda kerana tidak ada apa yang hendak dibanggakan. Bangga sangatkah mempamerkan perlanggaran hukum Tuhan? Di facebook juga begitu, berhentilah dari status ‘ in a relationship ‘ dengan kaum adam yang bukan mahram. Lebih parah jika sampai tahap status ‘ married to ‘ yang tergamak dipaparkan dengan lelaki yang tiada ikatan.

Saya kasihan, kerana saya yakin, dalam diri mereka ada kecintaan kepada Islam. Dan mudah-mudahan, artikel ini mampu menyuntik sedikit kesedaran. Sayangilah diri anda sebagai kaum hawa yang dimuliakan Tuhan. Moga Allah memberi kekuatan untuk melakukan perubahan.

Sekian.



Astagfirullah……
Ya Allah terima kasih kerana sentiasa membimbing hambaMU yang sering alfa, terima kasih Ya Allah kerana sentiasa mengutuskan insan-insan hebat yang sering menasihati, menegur dan membetulkan di kala hambaMU lalai Ya Allah….terlalu besar nikmatMu Ya Allah.

Saturday 23 June 2012

Berakhir di sini…….


Berakhir di sini…….

……23 june 2012 last paper, pengurusan ekonomi islam …… akhirnya disini pengakhirannya hidup sebagai seorang pelajar
ape rasenyer nyer?????honestly perasaan sedeyh tu lagi banyak daripada gembira kot…. Kenape sedeyh????? Sedeyh sebab banyak benda nak kne tinggal kat cnie, nak tinggalkan kolej, tinggalkan umah sewa , tinggalkan die, tinggalkan kehidupan sebagai seorang pelajar n especially tinggalkan kawan2 yang selama nieh tdo sebantal, makan sepinggan, ketawa, menangis, bergaduh dah jadi benda biasa pada kita kan…..dah macam adik beradik…..

Selalu aku senang nak tdo, aaaiissshhhh nape hari nieh degil sgt mata nak lelap…..x boleyh nak tdo!!!!!!!!!!!!....malam2 terakhir bersama korang sangat2 membuatkan hati  ini resah mananti detik itu…..andai boleyh di perlahankan waktu kan best  tapi apakan daya,  bertemu dan berpisah adat manusia biasa. Pas nieh dah x boleyh nak tdo tendang2 ngan korang, x boleyh nak melalak pagi2 bagi korang tension, x boleyh nak rebut2 ampaian mcm selalu…..i will gonna miss that moment…..



Pada kamu......

1.      Nur Solihah Mohd
Terima kasih leha jadi sahabat yang baik, sentiasa teman Siti Hajar Abd Malek walau susah dan senang….terima kasih selalu jaga aku waktu aku sakit waktu aku ngok ngek…..walau kadang2 sentiasa menyakitkan hati ko sejak aku jumpe pengganti baru….maaf kalau akhir2 nie seakan2 waktu aku x cukop untuk ko, memang sengaja mengelak diri agar nanti x berat hati nak tinggalkan ko….ape2 pon ko sahabat terbaik…..nanti mesti aku rindu ko

2.      Siti Shafiana Izuana Zainal
Terima kasih sebab x jemu masakkan untuk aku terutamanya sambal sotong, sedap wana sambal sotong ko aku x tipu….terima kasih sebab jadi pendengar setia kisah aku dan dia, terima kasih sebab selalu ikot aku ke luar daerah (ceeehhh)….terima kasih sebab selalu kenyangkan perut aku dengan masakan ko….nanti mesti aku rindu sambal sotong ko….

3.      Nurazmah Abdul arzis…
Terima kasih sebab selalu wat aku terjerit2 dengan usikan ko…..aku selalu cakap ko annoying , tapi tu sebenarnya kat mulot jer dalam hati x pernah terlintas pun….honestly usikkan ko tu kadang2 wat aku terhibur….thanks iymah sebab selalu menghiburkan……nanti mesti aku rindu usikan ko

4.      Hazzi hishamudin
Terima kasih selalu bertengkar ngan aku sebab berbeza pendapat, terima kasih sebab selalu bagi pinjam barang ko n rosakkan pulak….sory jijie aku x sengaja….terima kasih sebab x amik hati tiap kali aku kutuk ko…nanti mesti aku rindu nak kutuk ko lagi….

5.      Norenita Mustafa
Terima kasih sebab sudi masuk keluarga kitorang. Terima kasih selalu sabar kejutkan aku study, walaupon kadang2 aku liat nak bagun….even masa kita bersama x lama tapi nanti mesti aku rindu nak bergaduh ngan ko mcm selalu ….

6.      Sharifah Fardiana Syed Husin
Terima kasih sebab selalu buat aku marah terutamanya keputusan ko nak berhenti belajar….ko suke buat orang marah kan….bler pikir2 balik mesti ade alasan disebalik keputusan ko kan nana… semoga sentiasa sihat selalu..rindu kat badan ko yang pejal..



Pada kamu yang aku sayang…..aper pun kenangan kita, tu adalah kenangan terindah buat Siti Hajar Abd Malek…… ketawa, menagis, bergaduh sangat2 buat diri ini kenal nilai persahabatan…walaupon kita nanti akan jauh di mata tapi mudah2an dekat di hati….doa aku semoga korang berjaya dunia akhirat….gd luck untuk paper yang berbaki…….

                                                              



LOTS OF LOVE HAJAR

                            

Tuesday 22 May 2012


.... Subuh yg mendamaikan ...


Ya Allah,aku bersyukur menjadi hamba Mu... aku bersyukur berada didalam agama Mu aku bersyukur bernafas dan melihat dunia ciptaan Mu.. berikan ku kekuatan, ketabahan, kesabaran, kecekalan untuk aku tempuhi pejalanan ku yg mendatang... sesungguhnya amat berat pejalanan ini jika tanpa pertolongan Mu ya Allah sesungguhnya amat sakit hidup ini jika tanpa keredaan Mu ya Allah. sesungguhnya amat besar dosa ini jika tanpa keampunan dari Mu ya Allah. 

(kenapa hati ini lain mcm jer ari ini)